fbpx

Tolak panggilan temu duga kerana terpaksa hantar kucing sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang calon menolak tawaran temu duga dengan alasan terpaksa menghantar kucing peliharaan berjumpa doktor haiwan mendapat perhatian orang ramai di laman Twitter.

Menurut sebuah tangkap layar yang dikongsikan seorang pengguna, dia menyuarakan keluhan pegawai sumber manusia yang terpaksa berhadapan dengan calon yang kerap menolak panggilan temu duga menggunakan alasan yang bukan-bukan.

“Pada zaman ini, terlalu ramai calon ‘hilang’ semasa hari temu duga. Tidak ketinggalan, ramai juga pegawai sumber manusia yang tidak memberikan sebarang jawapan selepas calon menghadiri temu duga.

“Saya bukan mahu salahkan sesiapa tetapi inilah realiti pada zaman ini,” katanya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna mempunyai pendapat sendiri dan tidak menyalahkan calon tersebut walaupun dia menggunakan alasan yang kurang sesuai.

“Siapa yang sempat datang temu duga kalau masanya kurang dari 24 jam?,” kata seorang pengguna.

“Dalam kes ini, calon tidak menghilangkan diri. Sebaliknya, dia menolak dengan baik kerana mempunyai perancangan lain. Kalau pegawai sumber manusia mengeluh sebab calon tidak berkualiti, fikir balik. Mungkin pegawai itu yang tidak mempunyai hati perut,” kata seorang lagi pengguna.

“Kalau berhadapan dengan masalah begini, calon sepatutnya lebih bijak menjawab. Contohnya, calon boleh minta temu duga ditukar pada waktu lain,” kata Ekmal.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,660 tanda suka dan 277 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI