fbpx

Kerjasama PH-BN atas dasar keikhlasan, bukan kejar kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari bersama Suhaizan mengadakan lawatan ke Kampung Orang Asli Bakar batu, Perling, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Kerjasama Barisan Nasional (BN) yang dijalinkan bersama Pakatan Harapan (PH) atas dasar keikhlasan untuk membentuk kerajaan Perpaduan, bukan mengejar kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dapat dibuktikan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setelah kerajaan Negeri tidak dapat dibentuk di Pahang dan Perak dan mereka tampil memberikan sokongan.

Beliau berkata, keikhlasan itu juga diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada bulan lalu apabila sanggup berkorban memberi tujuh kerusi milik mereka hingga menjejaskan gabungan untuk mendapat kemenangan dua pertiga.

“Kita lihat PH menunjukkan keikhlasan untuk bersama BN, jika kita lihat pada PRU15  lalu, mereka memberi sokongan kepada parti untuk membentuk kerajaan Negeri di Pahang dan Perak walaupun ketika itu kita tak mempunyai majoriti.

“Hal sama dibuktikan pada PRN di Selangor, pada ketika itu kita memang ada lima kerusi dan PH bagi tambahan tujuh kerusi sedangkan itu mereka menang atas tiket PH, namun kita kalah di kerusi yang diberikan dan kekalahan itu sebabkan PH tak boleh bentuk kerajaan dua pertiga.

“Sebab itu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai ini, kita kena bagi balik hak kepada parti ini dan kita juga nak tunjukkan keikhlasan, ini yang penting,” katanya ketika program ziarah kasih bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling, di sini, hari ini.

Oleh itu, Johari berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada peringkat akar umbi supaya mereka dapat memahami perkara itu dan memberikan sokongan kepada PH pada PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI