fbpx

Joan Mir ‘sembur’ pengkritik dungu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengesahkan kejuaraan dunia pada aksi di GP Valencia kelmarin biarpun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. – AFP

VALENCIA – Juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir menjadi ‘mangsa’ sesetengah pihak yang menilai gelaran dunia diperolehnya tidak bernilai tanpa kehadiran Marc Marquez.

Bagaimanapun, Mir tenang menjawab bahawa mereka yang mempersoalkan kemenangannya itu tidak mengetahui mengenai perlumbaan motosikal dan apa yang berlaku kepada Marquez merupakan kesilapan pelumba itu sendiri.

Jelas Mir, jika Marquez tampil dengan tenang mungkin tidak akan terjadi insiden se­perti itu dan dia mampu kembali ke litar untuk bersaing dengannya.

“Bagi saya, mereka yang mengeluarkan kenyataan se­perti itu biasanya mereka tidak tahu mengenai perlumbaan motosikal.

“Marquez turun beraksi pada perlumbaan pertama dan mengambil risiko besar untuk muncul juara. Dia melakukan kesilapan hingga menjejaskan perlumbaan sepanjang musim ini.

“Adakah dengan ketiadaan Marquez, pelumba lain juga tidak boleh merebut gelaran dunia MotoGP. Jika betul, kita perlu menarik semula gelaran pelumba lain sebelum ini. Banyak pelumba lain jatuh dan terlepas gelaran dunia.

“Ini merupakan sebahagian cabaran dalam perlumbaan MotoGP mahupun sukan. Jadi, saya tidak fikir saya tidak layak untuk mendapatkan gelaran ini semata-mata kerana ketiadaan Marquez,” kata Mir.

Gelaran dunia MotoGP yang diperoleh Mir merupakan pertama buat Suzuki dalam tempoh 20 tahun sekali gus menjadikanya sebagai pelumba Sepanyol keempat berjaya menjulangnnya selepas Alex Criville, Jorge Lorenzo dan Marquez di kelas Premier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI