fbpx

Suami isteri dituduh edar 51.634 kg kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Syamil (depan kiri) diiringi anggota polis selepas dituduh mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis berjumlah 51.634 kilogram (kg) pada bulan lalu.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Saiful Syamil Idris dan isterinya, Nurul Wahida Mohd. Adnan yang berusia 32 tahun sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret M. Kalairasi.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mengedar 768 gram kanabis di rumah mereka di Lorong Astana 8/12, Bandar Seri Astana, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 28 Ogos lalu.

Sementara pertuduhan kedua, pasangan terbabit didakwa secara bersama mengedar 50.866 kg kanabis di lokasi dan masa sama.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup (30 tahun) dan disebat tidak kurang 12 kali jika tidak dihukum mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI