fbpx

Harga peranti 5G mahal punca pengguna hanya cecah 4.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sesi lawatan kerja di Ibu Pejabat Samsung, Korea Selatan hari ini. - Foto Facebook Fahmi

PETALING JAYA – Harga peranti 5G yang masih mahal dan tidak mampu milik antara sebab pengguna 5G di Malaysia baru mencecah 4.2 peratus, walaupun liputannya telah mencapai 66.8 peratus.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah membangkitkan isu penggunaan 5G di Malaysia itu sewaktu lawatan kerja ke Ibu Pejabat Samsung di Korea Selatan pagi ini.

“Dalam pertemuan tadi, beberapa agenda utama telah dibincangkan untuk potensi kolaborasi demi kebaikan rakyat dan negara.

“Maka, kerjasama lebih erat perlu terus dijalinkan di antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan telco dengan pihak Samsung supaya harga peranti 5G boleh lebih mampu milik buat rakyat Malaysia,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Fahmi berkata, pada 31 Ogos lalu, beliau telah melancarkan Pakej 5G Rahmah yang mana peranti 5G termasuk Samsung bernilai RM949 dijual dengan harga hanya RM240 dan perkara tersebut hanya permulaan.

Pada lawatan kerja hari ini, delegasi tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Mobile Experience, TM Roh dan CEO Global Network Business, Woojune Kim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI