PETALING JAYA – Ramai pengguna dalam kalangan wanita tidak berpuas hati apabila melihat tindakan pempengaruh media sosial, Abang Tesla menyuap isteri keduanya dahulu berbanding isteri pertama.
Situasi tersebut dilihat menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran di mana tempat Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry dan isteri-isterinya menjamu selera.
Kebanyakan wanita membanding dan mempersoalkan mengapa Abang Tesla tidak menyuap isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari terlebih dahulu.
“Kenapa suap yang kedua dulu. Haih, macam tidak adil je dekat situ,” komen Fletcakery.
“Tak adil sebab patutnya suap ikut giliran, isteri pertama dahulu baru isteri kedua,” komen wanita lain.
“Jenuh ya, nak layan dua-dua sama rata. Nak jaga hati dua orang agar tak tersakiti kedua-duanya. Tak rasa penat ke? Aku yang tengok pun rasa penat nak jaga hati,” komen Lili.
Sehingga kini video tersebut mendapat 661,400 tontonan, 7,382 tanda suka dan 2,053 perkongsian.
Terdahulu kecoh di media sosial apabila Abang Tesla memuat naik video yang menunjukkan dirinya yang bernikah buat kali kedua.
Namun, lebih menjadi perhatian adalah satu lagi video yang dimuat naik lelaki berkenaan yang turut memaparkan situasi dan kesedihan isteri pertamanya yang dilihat menangis dan berpelukan sebelum suaminya itu melangsungkan pernikahan. – KOSMO! ONLINE
@ct.nursuhayati Replying to @khairulsyazwan07 fuyoo sweet sgt#abangteslanikahdua #abangteslaproblem #abangtesla #syafiqahhanafi #kakmaj #maj #majdina #syafiqah ♬ original sound – s87 – SHFZRN21 🕊️