fbpx

Penumpang biadab lunjur kaki busuk semasa penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang tersebut menggerak-gerakkan kakinya yang membuatkan bau busuk semakin kuat. – KhaoSod

BANGKOK, THAILAND – Seorang wanita di Thailand berkongsi pengalaman diganggu oleh sikap biadab penumpang pesawat yang meletakkan kaki berbau busuk pada tempat letak tangan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam klip video tular yang dimuat naik di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Keng berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira dua bulan lepas ketika dia menaiki penerbangan dari Vietnam ke Bangkok.

Keng ketika itu terbau sesuatu yang busuk dan kemudian menyedari bau tidak menyenangkan itu datang daripada kaki penumpang di belakang tempat duduknya.

Penumpang berkenaan meletakkan kakinya di tempat letak tangan kerusi Keng, membuatkan wanita itu berasa tidak selesa.

Keng cuba mengalihkan kedudukannya supaya penumpang berkenaan mengalihkan kaki, namun perbuatan itu hanya sia-sia.

Penumpang tersebut bahkan menggerak-gerakkan kakinya, membuatkan bau busuk itu semakin kuat.

Sejurus kru penerbangan menyedari Keng berada dalam keadaan tidak selesa, dia mengarahkan penumpang tersebut mengalihkan kakinya, dan arahan itu dipatuhi oleh lelaki berkenaan.

Keng berkata, sejak kejadian itu, dia akan  mengelap tempat letak tangan pada kerusi menggunakan tisu lembap dan pewangi setiap kali menaiki pesawat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI