fbpx

Remaja makan kerepek paling pedas meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wolobah mengadu sakit perut selepas makan kerepek pedas di sekolah. - Reddit

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang remaja lelaki di negeri Massachusetts maut selepas menyertai trend makan kerepek paling pedas di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Harris Wolobah, 14, meninggal dunia pada 1 September lalu pada hari sama dia menyertai trend online dikenali sebagai ‘One Chip Challenge’.

Pada hari kejadian, ibu Wolobah dipanggil ke sekolah selepas pelajar itu mengadu sakit perut setelah makan kerepek pedas itu yang diberikan oleh rakan sekelasnya.

Remaja itu beransur pulih selepas pulang ke rumah, namun pengsan pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) ketika hendak keluar bermain bola keranjang.

Seorang anggota polis, Sean Murtha berkata, budak lelaki itu tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Dia dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes Harris menandakan kematian pertama yang dilaporkan selepas makan kerepek itu. Bagaimanapun, lebih ramai remaja lain memerlukan rawatan akibat trend tersebut.

‘One Chip Challenge’ merupakan strategi pemasaran di mana sekeping cip tortilla diiklankan sebagai paling pedas di dunia.

Ia dikilangkan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Paqui pada 2016 dengan 10 rasa berbeza termasuk California Reaper Pepper dan Naga Viper Pepper. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI