fbpx

Skuad muda negara fokus layak ke Piala Asia B-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 kebangsaan harap dapat meraih salah satu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 menjelang aksi pertama kelayakan Kumpulan H di Stadium Chonburi malam ini. – FAM

SKUAD bawah 23 (B-23) negara mengakui tiada sasaran lain selain berusaha untuk layak ke saingan Piala Asia B-23 2024 menjelang aksi pertama kelayakan peringkat Kumpulan H di Stadium Chonburi, Thailand malam ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, E. Elavarasan mengakui pasukan merasai tekanan memandangkan harapan yang diletakkan ke atas barisan pemainnya untuk meraih slot automatik ke pusingan akhir nanti agak tinggi.

Namun, Elavarasan mengakui barisan pemain hanya mampu berikan yang terbaik pada setiap perlawanan meskipun diundi dalam kumpulan yang sukar bersama dua negara jiran, Thailand dan Filipina dalam kumpulan ini.

“Sasaran pasukan adalah jelas, kita mahu mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 nanti.

“Harap kita dapat meraih salah satu slot automatik ke sana.

“Berdasarkan barisan pemain yang kami bawa, tiada banyak perubahan yang dilakukan.

“Tapi kami ada buat sedikit rombakan dan harap semua yang dibawa kali ini dapat membantu pasukan mencapai sasaran.

“Harapan di Malaysia sangat tinggi tetapi apa yang boleh kami janjikan adalah lakukan sebaik mungkin tetapi harus diakui ini adalah pusingan kelayakan yang agak sukar,” katanya pada sidang media semalam.

Selepas bertemu Bangladesh, skuad muda Harimau Malaya akan bertemu Filipina pada Sabtu ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang tuan rumah pada 12 September depan.

11 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan.

Sebagai rekod, Malaysia pernah layak dua kali ke kejohanan berprestij peringkat remaja itu pada edisi 2018 di China dengan mara ke peringkat suku akhir manakala edisi 2022 di Uzbekistan terkandas di peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI