fbpx

Lelaki cabar polis selepas perkosa gadis 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menunjukkan video yang dirakmnya. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki yang didakwa merogol gadis berumur 17 tahun di wilayah Pathum Thani, tengah Thailand diberkas selepas mencabar polis supaya menangkapnya lapor laman berita Thaiger.

Keluarga mangsa membuat aduan terhadap suspek yang dikenali sebagai Suppakarn Khansantier dan berumur 29 tahun selepas anak gadis mereka mengalami trauma akibat diperkosa pada 11 Ogos lalu.

Menurut mangsa, dia bertemu Suppakarn melalui aplikasi janji temu. Selepas empat hari berkenalan, mereka bertemu untuk makan tengah hari di sebuah restoran dekat rumah suspek.

Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya atas alasan ingin menggunakan tandas. Mangsa menjadi takut apabila suspek mula mendekati dan menyentuhnya. 

Suspek menarik mangsa ke dalam bilik tidur dan menyerangnya secara seksual selama lebih tiga jam sambil merakam kejadian itu. 

Semasa menyiasat kes tersebut, polis menerima panggilan daripada suspek yang mencabar mereka untuk menangkapnya.

Polis menjejaki suspek sebelum menangkapnya di sebuah restoran di wilayah sama pada Sabtu lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI