fbpx

Agong, Permaisuri berkenan kunjungi Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berdua berkenan memberi makan seekor anak Gajah Pygmy Borneo bernama 'Taburi'.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan hari ketiga Kembara Kenali Borneo dengan mengunjungi Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di Sandakan, Sabah hari ini.

Menurut satu hantaran di Facebook Istana Negara, di pusat tersebut, Seri Paduka Baginda berdua berkenan memberi makan seekor anak gajah pygmy Borneo bernama ‘Taburi’.

Selain itu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menamakan seekor anak orang utan di pusat itu dengan nama ‘Didi’.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menurunkan tandatangan plak nama orang utan itu.

“Seri Paduka Baginda amat teruja melayani gelagat Didi dan Taburi serta melihat hidupan dan persekitaran pusat pemuliharaan itu,” katanya, di sini hari ini.

Katanya, usai kunjungan itu, Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan meneruskan perjalanan ke Telupid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI