fbpx

Beza agama dengan Mahalini, Rizky Febian doa nikah mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY FEBIAN

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mengakui kurang selesa membicarakan perbezaan agama dengan bakal isteri, Mahalini, sebaliknya meminta doa urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Katanya, perkara membabitkan kepercayaan adalah sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

“Saya adalah orang yang tak suka memaksa kerana perkara berkaitan dengan kepercayaan ini harus diikuti tanpa paksaan jadi biarkan waktu berjalan, berikan kami masa.

“Hakikatnya kami pun sudah berbincang mengenai soal ini, begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah keluarga kami yang dapat terima antara satu sama lain.

“Doakan hubungan kami diberikan kelancaran dan sampai ke jenjang pelamin,” katanya kepada Kosmo! Online di sidang media konsert An Album Live Concert Berona Day, di sini, hari ini.

Menurut Rizky atau nama sebenar Rizky Febian Adriansyah Sutisna, dia mendekatkan tunangnya yang juga penyanyi itu dengan beberapa perkara berkaitan Islam.

Akui pelantun lagu Cuek itu lagi, dia cuba menunjukkan contoh sebagai seorang muslim menerusi tingkah laku seharian selain menjaga percakapan dan pergaulan.

“Secara peribadi, saya enggan terlalu memaksa kerana perkara ini melibatkan hati nurani. Biarlah waktu yang menentukan.

“Saya juga jelaskan kepada dia bahawa saya ini individu seperti apa dan bagaimana tanggapannya terhadap saya,” dedahnya yang merancang mendirikan rumah tangga tahun depan.

Rizky Febian bakal mengadakan konsert berjudul An Album Live Concert Berona Day pada 3 November depan di Megastar Arena, Kuala Lumpur. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Rizky dan Mahalini, 23, yang beragama Hindu melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu di The Langham, Jakarta setelah menjalin hubungan selama setahun tiga bulan.

Mengenai konsert yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan, Rizky mendedahkan teruja dapat kembali ke Malaysia bersama sebuah konsert istimewa di Megastar Arena Kuala Lumpur.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua di negara ini selepas pada Julai lalu terbabit sebagai penyanyi undangan untuk konsert Rossa.

“Sebelum ini, tiket konsert pertama saya di Zepp Kuala Lumpur habis dijual dalam masa sehari, jadi kali ini diadakan di lokasi lebih besar di Megastar Arena dengan kapasiti 5,000 penonton,” ulas penyanyi berusia 25 tahun itu.

Pada masa sama, persembahan mega yang berdurasi lebih dua jam jam itu antara konsert untuk mempromosikan albumnya yang berjudul Berona.

Bertemakan cinta, sebanyak 15 seleksi lagu bakal dipersembahkan termasuk daripada album baharu yang turut didedikasikan khas buat tunangnya.

Sementara itu, tiket konsert anjuran Hitman Solutions ini mula dijual pada harga bermula RM179 (Romansa – Free Standing), RM199 (Terpesona – Normal Seating) dan RM399 (Super Rizfelous – VIP Standing) menerusi www.hitmanlive.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI