fbpx

Mahkamah: Bomoh didakwa cabul pesakit wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (dua dari kanan) didakwa mencabul seorang wanita yang dirawatnya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul pesakitnya sewaktu merawat wanita itu pada tiga bulan lalu.

Tertuduh, Zainal Che Omar, 62, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 31 tahun.

Lelaki warga emas tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kuarters di daerah ini antara pukul 8 sehingga 8.45 malam pada 26 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 Oktober depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI