PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Ujarnya, seluruh Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) juga diramal cuaca yang sama.
“Di Pantai Timur, seluruh Terengganu berdepan ribut petir manakala di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Hujan lebat turut dijangka di Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), seluruh Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin),” katanya.
Tambahnya lagi, kawasan di Johor yang berdepan dengan cuaca buruk yang sama adalah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Dalam pada itu, beberapa kawasan di Sarawak seperti Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song) diikuti dengan Sabah (Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) juga diramal ribut petir dan hujan lebat petang ini.
Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE.