fbpx

Agong, Permaisuri santuni peniaga kecil, masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengambil gambar bersama masyarakat setempat ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni beberapa peniaga kecil dan masyarakat setempat dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Lahad Lahad Datu, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, jalan Tawau-Lahad Datu adalah laluan keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua bersama rombongan semasa perjalanan menuju ke Lahad Datu dan kemudiannya Sandakan bagi hari kedua program Kembara Kenali Borneo.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan itu, bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berulang kali berkenan berhenti dan turun kenderaan di beberapa kawasan, antaranya untuk membeli buah-buahan serta makanan seperti keropok lekor dan sebagainya yang dijual peniaga tempatan.

“Di sebuah gerai di Kampung Silam, Lahad Datu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan meluangkan masa berehat hampir 20 minit dan menikmati air kelapa sebelum meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana turut berkenan meluangkan masa untuk bersantap di gerai itu.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada kanak-kanak yang teruja bertemu Baginda berdua.

“Keadaan cuaca yang baik dan cerah semalam juga memberi peluang keemasan kepada Seri Paduka Baginda berdua untuk bersalaman dan menyantuni rakyat setempat yang teruja menantikan keberangkatan tiba Baginda berdua di sepanjang perjalanan rombongan,” ujarnya.

Katanya, susulan sambutan rakyat yang hebat, rombongan Seri Paduka Baginda berdua tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu seperti yang telah dirancang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI