fbpx

PRK: Sakit tidak halang anggota jadi pengundi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARUDIN menjadi pengundi pertama di PPM Wilayah Dua , Johor Bahru hari ini. - RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan tidak menghalang seorang anggota polis dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua hadir menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia hari ini.

Sarjan Mejar Harudin Md Sari, 49, menempa nama sebagai pengundi pertama dalam proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini.

“Saya tiba seawal pukul 7.30 pagi sebab saya ada masalah kesihatan, saya ada sakit masalah tulang belakang (slip disc) dan bertugas hari ini.

“Saya mula mengundi ketika berusia 24 tahun pada tahun 1998 dan di Parlimen Pulai sebanyak dua kali sudah mengundi,”katanya ketika ditemui di PPM Wilayah Dua di sini hari ini.

Seramai 927 pegawai dan anggota polis daripada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan satu pasukan formasi Polis Diraja Malaysia (PRDM) iaitu PPM Wilayah Dua menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI