fbpx

PRK: 927 pegawai, anggota polis tunai tanggungjawab undi awal hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI dan anggota polis mula beratur untuk mengundi awal di PPM Wilayah Dua, Tampoi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 927 pegawai dan anggota polis daripada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan satu pasukan formasi Polis Diraja Malaysia (PRDM) menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, di sini.

Seawal pukul 7.30 pagi, anggota polis mula beratur menyemak daftar pemilih di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah (PPM) Dua hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak tiga peti undi digunakan untuk pengundian awal.

Dua peti undi akan diletakkan di dua saluran di Markas PPM Dua dan sebuah lagi di Balai Polis Kempas di sini.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Seramai 167,108 individu layak mengundi dengan pecahan seramai 74,814 pengundi Melayu iaitu 44.17 peratus; Cina seramai 67,635 pengundi (40.48 peratus); India seramai 20,555 pengundi (12.30 peratus) serta lain-lain kaum seramai 5,104 (3.05 peratus).

SPR telah menetapkan tarikh pengundian awal pada 5 September, manakala hari pengundian pula pada 9 September ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI