fbpx

Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan United, Kuching City FC tertangguh sejam 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sedang mengepam air hujan yang bertakung di kawasan tepi padang. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Perlawanan saingan Liga Super antara Kelantan United FC dan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini tertangguh kira-kira satu jam 30 minit akibat hujan lebat.

Cuaca itu menyebabkan padang Stadium Sultan Muhammad IV digenangi air sekali gus perlawanan tidak dapat dijalankan.

Komisioner perlawanan, Amir Sharifuddin Wong bersama pegawai perlawanan, Azman Sulong dan kedua-dua pasukan bersepakat mengambil keputusan melewatkan sepak mula sejam 30 minit daripada masa sebenar.

Kerja-kerja membuang air yang bertakung di padang selepas hujan reda kira-kira pukul 9.35 malam tadi masih dijalankan.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan dijangka bermula pukul 10.30 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI