DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – UAE menubuhkan sebuah badan kawal selia ‘permainan komersial’ dalam langkah yang dilihat berpotensi membenarkan lesen kasino diberikan di negara Teluk Arab berkenaan di mana perjudian diharamkan.
Pihak Berkuasa Jeneral Permainan Komersial (GCGRA) akan menyelaraskan aktiviti kawal selia, menguruskan perlesenan dan menggalakkan pembukaan potensi permainan komersial, kata agensi berita rasmi WAM lewat semalam.
Kenyataan sama tidak menjelaskan sama ada terma permainan atau ‘gaming’ merujuk kepada perjudian dan langsung tidak menyebut tentang kasino. Bagaimanapun, barisan pegawai kanan yang diupah untuk menguruskan WAM terdiri daripada veteran dalam bidang perjudian.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan itu dinamakan sebagai Kevin Mullally yang merupakan Pengarah Suruhanjaya Perjudian Missouri. Ia bertanggungjawab mengawal selia kasino terapung di seluruh negeri berkenaan.
“Saya menanti kesempatan untuk mewujudkan badan kawal selia dan kerangka untuk industri loteri dan ‘permainan’ UAE,” Mullally dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan WAM.
Perjudian adalah dilarang di bawah undang-undang Islam di UAE. 90 peratus penduduk negara berkenaan terdiri daripada rakyat asing. – AFP