fbpx

Pencuri ‘kebas’ 240 topi keledar diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Rizki (berdiri, dua dari kanan) ditahan polis dan mengaku mencuri 240 topi keledar. – Polis Buleleng

JAKARTA, Indonesia  – Seorang lelaki berusia 23 tahun di Bali ditahan polis selepas didapati mencuri sejumlah  240 topi keledar di sekitar pulau peranginan tersebut, lapor portal berita Coconuts kelmarin.

Suspek bernama Muhamad Rizki mengaku melakukan kegiatan itu ketika ditahan.

Ketua Polis Singaraja,  Nyoman Pawana Jaya Negara berkata, suspek mencuri topi keledar di pelbagai lokasi utama termasuk Universiti Pendidikan Ganesha (Undiksha), Arena Sukan Bhuana Patra dan Pantai Penimbangan.

“Kecurian topi keledar paling banyak dilakukan suspek di Undiksha dengan 100 topi keledar dilarikan, diikuti  Arena Sukan Bhuana Patra dan Pantai Penimbangan dengan setiap satu sebanyak 70 topi keledar,” katanya.

Perbuatan suspek terbongkar apabila kegiatannya disaksikan oleh pengawal keselamatan  Undiksha pada 10 Ogos lalu sebelum aduan polis dibuat.

Dia dikatakan menyasarkan topi keledar berharga mahal yang ditinggalkan di tempat duduk motosikal dan menjualnya secara online. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI