fbpx

Guru luar kawasan dibenar rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Guru-guru yang bertugas di luar kawasan dibenarkan rentas negeri untuk pulang ke rumah masing-masing tetapi mesti mendapatkan surat kebenaran daripada polis terlebih dahulu.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua tenaga pengajar itu harus mendapatkan surat kebenaran daripada polis untuk pulang ke pangkuan keluarga.

“Sebagai contoh guru yang bertugas di Sabah atau Sarawak yang mahu pulang ke Semenanjung perlu mendapatkan kebenaran daripada polis untuk pulang, begitu juga sebaliknya.

“Memandangkan sekolah tutup dan dijangka dibuka semula Januari depan maka ianya tiada masalah jika pihak polis membenarkan,” katanya menerusi satu sidang akhbar disiar secara langsung di laman Facebook Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, perbincangan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pelancongan di kawasan hijau masih dijalankan.

“Beberapa perkara telah dicadangkan tetapi ianya masih dalam perbincangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bagi isu tersebut.

“Contohnya penduduk Sabak Bernam yang mahu bercuti ke Langkawi di mana kedua-dua kawasan tersebut ialah kawasan hijau, pihak kami akan mengkaji semula SOP secara terperinci dan akan dibentangkan dalam mesyuarat MKN untuk diputuskan nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI