fbpx

210,000 perayu BSH 2020 bakal terima bantuan 23 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 210,000 penerima diluluskan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran kepada bayaran yang diluluskan akan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar mulai 23 November depan.

“Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, lebih 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan data terkini agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.

“Permohonan rayuan BSH 2020 ini telah dibuka antara 7 Ogos sehingga 6 September lalu bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

“Pemohon yang ditolak permohonannya sebelum ini telah dapat mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 bilion

Ini melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang berusia 40 hingg 59 tahun.

“Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat.

“Insya-Allah, bantuan kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya.

Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di portal BSH, https://bsh.hasil.gov.my mulai hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI