fbpx

K2

Perkasa perubahan besar menerusi tindakan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA teruja untuk memberi inspirasi dalam menggalakkan orang ramai melakukan kebaikan walau sekecil mana pun.

SATU tindakan kecil yang dilakukan dengan niat yang baik adakalanya mampu memberikan impak yang besar dalam kehidupan ini.

Jika tidak mampu melakukan kebaikan yang besar, apa kata mulakan dengan kebaikan kecil dulu. Moga-moga kebaikan kecil yang dilakukan secara berdikit itu lama-kelamaan menjadi besar atau kebaikan yang kecil itu sendiri mampu menjadi titik permulaan bagi kesan yang besar.

Inspirasi sedemikianlah yang menjadi pendorong bagi jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, Daia dalam melancarkan satu kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR)

‘Tindakan Kecil, Perubahan Besar’ dalam meraikan keberkesanan suatu tindakan kecil dalam memberikan kesan yang besar.

Kempen CSR itu dilancarkan sejak Mei lalu.

Ia dibina atas keyakinan bahawa setiap bakti yang ditaburkan tidak kira walau sekecil mana sekalipun mampu mencetuskan perubahan yang signifikan.

Kempen tersebut mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk mewujudkan impak positif dengan menyumbang 50 sen dari setiap pembelian produk Daia, termasuk produk terbaharu, Daia Hijab

All Day Freshness untuk disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim.

Langkah yang dianggap sebagai kecil itu tetap mampu memberikan impak yang ketara, terutamanya dalam usaha memupuk budaya bantu-membantu.

Kempen tersebut diserikan oleh Duta Jenama rangkaian produk Daia yang juga merupakan pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani.

LISA turut memupuk rasa cintakan alam sekitar kepada
kanak-kanak.

Lisa memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen itu menerusi perkongsian kisah-kisah berinspirasi yang menyentuh hati para hadirin dengan menunjukkan impak signifikan daripada tindakan kecil itu.

“Kempen ini dijalankan dengan menumpukan usaha untuk memberikan sumbangan kepada tiga buah rumah anak yatim yang merupakan rakan kerjasama kempen ini.

“Daia bukan sahaja membuktikan keikhlasan komitmennya dalam memupuk aspirasi dan impian anak-anak muda ini yang mempunyai potensi membentuk masa depan yang lebih cerah dan gemilang, tetapi turut menekankan komitmen jenama itu yang tidak berbelah bahagi dalam usahanya membentuk komuniti pengasih dan penyayang,” ujar Lisa ketika menyertai acara

penyampaian sumbangan kepada rumah anak yatim berkenaan di Alamanda Putrajaya baru-baru ini.

Daia menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 yang berjaya dikutip di sepanjang kempen tersebut kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia.

Dalam pada itu, Lisa turut serta dalam bengkel Kitar Semula Botol Batik dan Daia untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar.

Tambahnya, dia cukup berbesar hati apabila dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.

“Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, kerana kanak-kanak kurang bernasib baik ini wajar diasuh.

“Saya berkongsi wawasan yang sama dengan Daia untuk mengangkat martabat anak-anak ini dan dengan sukarelanya memikul tanggungjawab besar memberi inspirasi kepada mereka, agar lebih peka tentang alam sekitar, di samping turut memupuk kebolehan kreativiti dan sifat kesedaran,” ujarnya.

Kempen ‘Tindakan Kecil, Perubahan Besar’ oleh Daia itu diharap terus memberi impak positif berpanjangan dan menjadi peringatan penting bahawa setiap tindakan, tidak kira sekecil mana, turut menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI