fbpx

Shahid Kapoor naik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHID KAPOOR

TIDAK tahan diekori paparazi, Shahid Kapoor tiba-tiba naik angin selepas diasak segerombolan jurugambar bebas ketika menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti, Ruhaan Kapoor dan Manukriti Pahwa, baru-baru ini.

Insiden berlaku selepas aktor yang ditemani isterinya, Mira Rajput bersama ibu mentuanya, Bela Rajput mahu pulang usai majlis berkenaan.

Ketika sedang menunggu kenderaan, dia diasak pelbagai pertanyaan, malah lampu lensa kamera yang tidak henti-henti dihalakan ke arahnya.

Malah, paparazi juga saling menjerit untuk mendapatkan ruang sehingga mencetuskan rasa kurang selesa Shahid sebelum dia meminta agar tidak diganggu.

Dalam nada keras, bintang filem Bloody Daddy itu turut memberi amaran tentang kelakuan buruk serta dianggap biadab yang dilaluinya. Tidak sendirian, luahan Shahid mendapat perhatian ramai-ramai. Peminat berasakan pelakon itu tidak sepatutnya diganggu dengan cara kasar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI