fbpx

EPL: VAR ‘memusuhi’ Manchester United di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD meledak gol pembukaan buat United, namun mereka gagal mempertahankan kelebihan apabila tewas 1-3 berdepan Arsenal di Emirates awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Video Bantuan Pengadil (VAR) memusnahkan kegembiraan pengendali Manchester United, Erik Ten Hag selepas gol kedua menerusi pemain gantian, Alejandro Garnacho tidak disahkan kerana didakwa berada di kedudukan ofsaid.

Situasi itu seakan memberi suntikan moral buat Arsenal yang memperoleh dua gol pada masa kecederaan babak kedua menerusi Declan Rice dan Gabriel Jesus bagi memastikan kemenangan 3-1 buat The Gunners.

Malah, Ten Hag juga merasakan pemain Arsenal, Kai Havertz sepatutnya dilayangkan kad merah kerana melakukan simulasi selepas pemeriksaan VAR menyelamatkan United apabila pengadil tidak memberikan penalti buat tuan rumah.

“Prestasi kami agak baik, namun keputusan tidak berpihak kepada kami kerana ada banyak keputusan (pengadil) yang tidak berpihak kepada kami. Kita mulakan dengan sepakan penalti (situasi babitkan Havertz), semua orang dapat lihat ia adalah simulasi tetapi tidak diberikan layangan kad.

“Kemudiannya kekasaran kepada Rasmus Hojlund dalam kawasan penalti, kemudiannya jaringan (Garnacho) yang tidak disahkan. Saya fikir mereka melihat daripada sudut yang salah kerana Garnacho berada dalam kedudukan yang tepat,” katanya.

Terdahulu Marcus Rashford memastikan permulaan baik buat The Red Devils, namun Martin Odegaard kembali memberi talian hayat buat Arsenal apabila hasilkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, Ten Hag tetap menghamburkan pujian kepada anak buahnya kerana mampu mempamerkan aksi terbaik namun akui masih banyak perkara yang perlu dibaiki bagi hadapi perlawanan selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI