fbpx

Suhaizan mahu isu banjir kilat di Pulai ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN (kiri) bersama Mohamad menyantuni penduduk setempat ketika mengadakan walkabout di Taman Cempaka, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat akan memberi perhatian untuk menangani isu banjir kilat di beberapa kawasan di parlimen sekiranya diberi mandat, Sabtu ini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu berkata, isu banjir kilat itu antara permasalahan utama membelenggu penduduk Pulai yang berada dalam kawasan bandar hingga mengalami kerugian ribuan ringgit.

Suhaizan yang juga Setiausaha Politik kepada Mantan Ahli Parlimen Pulai, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengenal pasti enam lokasi yang kerap berlaku banjir kilat di kawasan ini.

“Kita telah kenal pasti titik panas berlakunya banjir kilat antaranya Skudai Kiri, Ayer Molek, Kampung Pasir, Permatang, Tampoi Indah dan berdekatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Kawasan ini berdepan dengan isu banjir kilat saban tahun disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan Sungai Skudai seperti Kampung Pasir dan Skudai Kiri.

“Kawasan lain pula adalah kawasan rendah, apabila hujan terlalu lebat dalam tempoh beberapa jam, ditambah air pasang besar pasti akan terjadi banjir kilat dikawasan terbabit,” katanya ketika berucap dalam kempen bertemu pengundi di Taman Cempaka, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI