fbpx

Mansor Ali nafi bertaklik talak tiga, posting kena ‘edit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran asal (kiri) dan hantaran yang telah diedit turut dikongsi di Facebooknya semalam.

PETALING JAYA – Pemilik akaun Facebook Mansor Ali menafikan dia pernah bertaklik talak tiga terhadap isterinya jika Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal memerintah negara sehingga Ogos lalu.

Jelasnya dalam satu hantaran di Facebook berkata, status asal dalam laman sosial tersebut yang memaparkan gambarnya bersama isteri telah di sunting pihak tertentu sehingga menimbulkan fitnah.

“Saya bukan siapa-siapa pun hidup biasa-biasa sahaja,kerjapun biasa sebagai pengawal keselamatan, tapi sudah satu bulan hal saya sudah tular diperkatakan dan dibincang bukan sahaja bertaraf menteri tapi termasuk dalam kalangan Assatizah agama terkenal turut menyentuh “kononnya saya bertaklik tiga” di Facebook.

“Ya, Saya adalah insan yang terpilih untuk menempuh ujian yang mahal hebat ini dan juga ujian untuk kamu semua bagi menahan diri dan lidah dari menyebarkan fitnah tersebut. Ujian mahal hebat ini yang diturunkan Allah pada saya,” katanya, semalam.

Tambah Mansor, ramai yang bertanya siapakah dirinya yang sebenar sehingga ada yang sanggup memfitnah dirinya sehingga tahap ini dan jika dia berjaya melalui ujian tersebut maka besar ganjaran yang bakal diperolehinya selepas ini.

“Insya-Allah saya akan lalui fitnah ini dengan penuh kesabaran dan saya berharap saudara-saudara semuslim saya bersabar serta menahan diri dari terjerumus ke dalam dosa fitnah yang mana dosanya lebih besar dari dosa membunuh seorang muslim yang lain.

“Akhir kata satu nasihat dari saya, sesama muslim cuba amalkan sedaya upaya yang mungkin solat di awal waktu dan sehabis mungkin berjemaah di mana-mana masjid dan surau serta jadikan kebiasaan kita dalam sehari untuk bertasbih dan berzikir. Insya-Allah jiwa kita akan dipandu ke arah kebaikan,” jelasnya.

Terdahulu, satu tangkap layar yang dikatakan telah diedit menggunakan status lelaki tersebut dipercayai tular sejak sebulan lalu ketika kempen pilihan raya di enam negeri sedang hangat berlangsung.

Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai malah seorang menteri kabinet serta beberapa agamawan turut mengulas mengenai hal terssebut baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI