fbpx

DAP parti setia kawan dalam kerajaan Perpaduan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (empat kiri) beramah mesra bersama peniaga dan orang ramai ketika melawat medan selera di Taman Perpaduan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai gabungan yang mempunyai pemikiran kolot dan jumud apabila menuduh DAP bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam kerajaan Perpaduan.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana DAP adalah rakan setia kepada parti-parti komponen termasuk Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dakwaan itu membuktikan PN terlalu taksub dengan pemikiran kolot dan jumud sehingga mengeluarkan pandangan tidak berasas.

“DAP adalah rakan setia kepada parti-parti komponen kerajaan Perpaduan. Selama ini pun, kami bekerja sebagai satu pasukan kerana percaya, kami lebih kuat apabila bekerjasama,” katanya pada sidang akhbar program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin dilaporkan berkata, DAP masih bertindak sebagai ‘abang besar’ yang tidak mempedulikan saranan rakan gabungan itu sekali gus mengekalkan perjuangan parti mereka.

Bahkan Radzi berkata, Bersatu sebelum ini telah bersama DAP dan sudah nampak warna sebenar parti itu sebelum memutuskan meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI