fbpx

Harga beras tempatan tidak boleh naik – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR bersama calon PH DUN Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman pada Ceramah Mega Perpaduan Madani DUN Simpang Jeram di Taman Desa, Sungai Abong, Muar, Johor. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan meskipun harga beras import daripada India meningkat sebanyak 40 peratus.

Anwar berkata, kerajaan akan memastikan perkara itu khususnya demi kepentingan golongan sasar atau yang memerlukan untuk tidak berhadapan dengan sebarang isu bekalan beras.

Ujarnya, kenaikan harga yang berlaku hanyalah melibatkan beras import dari India dan rakyat mempunyai pilihan untuk membeli jenis beras mengikut kemampuan.

“Beras sekarang ini naik harga, bawang dari India eksport (juga) naik cukai 40 peratus. Ada masalah?. Ya, tetapi apa kita buat adalah kita kata, beras putih import naik harga memang tidak boleh kawal.

“Beras yang dimakan oleh rakyat, tidak boleh naik, itu keputusan kita tetapi ada yang cakap beras naik. Kenapa beli beras mahal, beras import, kalau nak beli beras Basmathi kenalah bayar, saya jaga rakyat dan kalau perlu tambah, kita tambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Sungai Abong, di sini, tadi.

Terdahulu, media melaporkan harga beras dunia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun selepas pengeksport utama, India menyekat penghantaran beras putih bukan basmati pada hujung Julai lalu.

Susulan situasi itu, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan memberitahu, harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu sebanyak RM850 satu tan metrik atau 85 sen sekilogram berkuat kuasa kelmarin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI