fbpx

Makan seafood RM1,102 tetapi bayar RM400 alasan mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran makanan laut berang selepas pelanggannya tidak mahu membuat bayaran penuh bagi masakan yang telah ditempah.

PETALING JAYA – Seorang pemilik restoran makanan laut di Sabah berang apabila pelanggannya bertindak untuk tidak mahu membayar makanan yang dipesan sejumlah RM1,102.20 dengan alasan terlalu mahal.

Jelas pemilik restoran itu, pelanggan tersebut hanya membuat bayaran sebanyak RM400 dan terus keluar lari dari restoran terbabit.

Difahamkan pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan laut seperti ‘lobster king’, sotong goreng, dua set masakan ketam, ikan kerapu dah beberapa jenis minuman.

“Tiada alasan untuk tidak membayar sedangkam kita sendiri tahu apa menu yang dipesan. Apa pun alasannya harap segera membuat pembayaran selebihnya,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya, setelah hantarannya tular di sosial media, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga telah menjalankan siasatan di restoran mereka.

“Tiada masalah dan apa-apa yang mencurigakan di restoran kami,” tambahnya.

Rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pelanggan tersebut.

“Memang takut nak makan seafood di Sabah. Kalau tak ada bawa duit RM1,000 jangan lah berangan. Kalau kat Kuching memang aku berani,”komen seorang pengguna.

“Ingat, jangan malas masak. Lagi senang masak sendiri sedap puas hati jilat jari lagi tambah nasi lagi,” kata Sweet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI