fbpx

Pemandu mabuk dihukum beri nafkah kepada anak mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah akan menentukan bayaran nafkah bulanan yang bergantung kepada beberapa faktor. - 123rf

AUSTIN, TEXAS – Pihak berkuasa negeri Texas menguatkuasakan undang-undang baharu, di mana pemandu mabuk yang menyebabkan kematian ibu bapa atau penjaga diwajibkan membayar nafkah anak mangsa sehingga mereka berusia 18 tahun.

Saluran berita NBC News melaporkan, Rang Undang-Undang (RUU) 393 Dewan Dwipartisan itu mula berkuatkuasa Jumaat lepas setelah ditandatangani oleh Gabenor Texas, Greg Abbott pada 2 Jun lalu. 

“Kematian ibu bapa adalah tragis, namun kematian disebabkan pemandu mabuk adalah amat keji,” kata Abbott menerusi platform X baru-baru ini.

Mahkamah akan menentukan bayaran nafkah bulanan yang bergantung kepada beberapa faktor termasuk keperluan kewangan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga yang masih hidup serta sumber kewangan defendan.

Bayaran juga perlu dibuat kepada ibu bapa atau penjaga yang masih hidup, atau Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Perlindungan, sekiranya kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan mereka.

Sekiranya defendan tidak dapat membuat bayaran kerana dipenjarakan, mereka perlu membayar tidak lewat dari satu tahun selepas dibebaskan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI