fbpx

EPL: Erling Haaland sudah semakin ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak hatrik pertamanya musim ini ketika City membelasah Fulham 5-1 pada aksi di Etihad kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Penggempur sensasi Manchester City, Erling Haaland mengakui dia masih belum hilang keghairahan untuk mengumpul koleksi jaringan selepas meledak hatrik ketika membantu pasukan itu menewaskan Fulham 5-1 di Etihad kelmarin.

Pemain antarabangsa Norway itu meledak 52 gol dalam semua aksi musim lalu untuk membantu City melakar kemenangan trebel terus membuktikan ketajamannya musim ini selepas pasukan itu mencatat rekod kemenangan bersih setakat empat perlawanan.

“Saya sentiasa ‘dahagakan’ gol. Ini adalah musim baharu dan saya bersedia untuk mengulanginya lagi.

“Kami bermula agak perlahan dan tidak benar-benar dalam keadaan solid kerana kami bermain sehingga hari-hari terakhir penghujung musim lalu kerana kami adalah sebuah kelab yang hebat.

“Kami sudah menjadi semakin baik dan kami memasuki tempoh rehat saingan dengan sempurna apabila meraih kemenangan dalam semua empat perlawanan,” katanya.

Pada aksi berkenaan, Julian Alvarez membuka tirai jaringan untuk City sebelum Fulham menyamakan kedudukan menerusi Tim Ream dan Nathan Ake kembali meletakkan tuan rumah di hadapan pada masa kecederaan babak pertama.

Memasuki babak kedua, Haaland membuktikan ketajamannya apabila meledak ketiga-tiga gol berkenaan pada minit ke-58 dan 70 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit kelima masa kecederaan.

“Pemain ini (Haaland dilahirkan untuk menjaringkan gol dan dia akan melakukan perkara itu sepanjang hidupnya. Tidak ada apa yang mengejutkan jika dia berjaya melakukan pencapaian musim lalu,” ujar pembantu pengurus City, Juanma Lillo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI