PENYANYI yang juga suami kepada aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra, Nick Jonas membuat pengakuan tentang tiga jenis masakan India yang menjadi kegemarannya.
Menerusi temu bual bersama Mid-day, Jonas memberitahu, sejak mendirikan rumah tangga bersama Chopra, dia telah jatuh cinta dengan tiga hidangan istimewa masakan dari negara India iaitu paneer, briyani kambing dan dosa.
Namun, antara ketiga-tiga makanan tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu paling menyukai dosa, iaitu sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang hitam dan nasi.
“Antara makanan India yang menjadi kegemaran saya ialah dosa. Dosa merupakan makanan khas untuk masyarakat di Selatan India.
“Makanan ini dimakan bersama chutney dan sambal dan rasanya sungguh sedap,” katanya.