fbpx

Fahmi minta Muhyiddin jangan ponteng, tanya soalan di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada Program Kita Madani Aspirasi Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran mengemukakan soalan berhubung dakwaan kawasan pilihan raya bakal ditambah daripada 222 kepada 300 kerusi pada sidang Parlimen akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri sebagai salah seorang anggota jemaah menteri tidak pernah mendengar tentang perkara itu sebelum ini.

“Sebagai anggota jemaah menteri, ini kali pertama saya dengar ini. Saya tidak pasti dia dapat maklumat ini dari mana. Bagi saya ia cuma satu angan-angan oleh beliau cuba untuk menakutkan orang sebab ia disebut dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK)

“Bagi saya Tan Sri Muhyiddin tidak perlu sebut perkara ini. Kalau nak nanti masa sidang Parlimen datang dan tanya soalan kepada Perdana Menteri. Jawapan yang tuntas, jelas dan tidak mengelak boleh dibuat di Parlimen.

“Jadi saya peringatkan Tan Sri Muhyiddin jangan ponteng Parlimen. Sila tanya soalan. Jangan malas nanti culas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kita Madani Aspirasi Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin yang juga ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah kawasan pilihan raya daripada 222 kepada 300 kerusi jika memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

Muhyiddin mendakwa adalah penting bagi pengundi Pulai menyekat langkah pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung persempadanan itu dengan memenangkan calon PN di kerusi Parlimen Pulai pada 9 September nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI