fbpx

Derita sakit saraf, remaja sukar lakukan kerja harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SYAFINAZ (kiri) memangku adiknya yang menghidap sakit jantung menunjukkan jarinya yang bengkak akibat penyakit saraf di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Seorang remaja perempuan menanggung kesakitan setiap hari akibat penyakit saraf yang dideritainya hingga menyebabkannya sukar melakukan aktiviti harian.

Lebih memilukan, keluarga Nurul Syafinaz Mohd. Nazrul, 14, menghadapi masalah kewangan bagi mendapatkan rawatan.

Ibunya, Nurul Wahida Kamarudin, 39, berharap orang ramai dapat membantu dari segi kewangan untuk perbelanjaan tambang dan rawatan anak­nya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Menurutnya, Nurul Syafinaz yang merupakan anak kedua da­ripada lima beradik menghidap penyakit itu setahun lalu dan perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor pakar.

Katanya, anaknya itu me­ngalami bengkak di jari telunjuk tangan kiri dan kesakitan berte­rusan di tangan kiri dan bahagian belakang badan.

Ujarnya, jika tidak mendapat rawatan, kemungkinan Nurul Syafinaz tidak boleh mengangkat barang termasuk beg sekolah.

“Saya tidak mampu untuk menyediakan wang perbelanjaan ke Kuantan kerana saya cuma menangkap ikan liar di anak sungai sebelum menjualnya.

“Kadang-kadang dapatlah RM10 hasil jualan ikan,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini baru-baru ini.
Tambahnya, suaminya, Mohd. Nazrul Mat Zain, 42, cuma membuat kerja buruh di ladang sawit.

Dalam pada itu, kata Nurul Wahida, keluarganya berdepan ujian dalam masa empat tahun apabila dua lagi anaknya, Nurul Aishah, 2, dan Nurul Shafiera, 12, menjalani pembedahan ekoran masalah jantung.

Katanya, dua anaknya itu masih mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara yang memerlukan wang untuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul Wahida Kamarudin menerusi talian 013-715 4171 atau­menyalurkan sumba­ngan ke akaun Maybank (Nurul Wahida) bernombor 156141469872.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI