fbpx

Edar ketum dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian Santong (dua dari Kanan) pada sidang akhbar tangkapan dan rampasan980 bungkusan air ketum di IPD Timur Laut, George Town di sini sebentar tadi.

GEORGE TOWN – Tindakan licik seorang lelaki menjalankan kegiatan pengedaran 980 bungkusan air ketum di daerah Timur Laut dengan menggunakan muatan lori masuk perangkap apabila diberkas polis di Jalan Sungai Pinang di sini awal pagi semalam.

Suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan ke atas suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu dilakukan ketika operasi rondaan balai dan merampas 28 bungkusan besar plastik hijau di dalam kenderaan terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai 35 bungkusan air ketum yang diisi di dalam setiap bungkusan plastik tersebut

“Setiap bungkusan cecair mitragynie atau air ketum yang sudah berikat dengan getah dan hasil soal siasat terhadap suspek telah membawa anggota polis ke sebuah rumah di kawasan Permatang Damar Laut.

“Di kediaman tanpa penghuni itu, kita merampas 144 bungkusan plastik berwarna hitam yang berisi daun-daun kering disyaki daun ketum bersama peralatan untuk memasak minuman tersebut,” katanya pada sidang akhbar di IPDTL di sini tadi.

Nilai keseluruhan rampasan tersebut adalah berjumlah RM12,315.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut polis mendapati cecair ketum itu dipercayai diproses oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI