fbpx

Minyak masak bersubsidi kepada B40, M40 dan peniaga mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tengah) menunjukkan minyak paket harga jualan Rahmah di Program Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Perak di Dewan Bandaran Gopeng hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

GOPENG – Kerajaan bakal memperkenalkan kaedah bagi memastikan minyak masak bersubsidi hanya akan dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah (B40), menengah (M40) serta perusahaan mikro.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh bagaimanapun berkata, usaha itu akan memakan masa terutama bagi menyediakan data bersepadu, memandangkan masih ada peniaga mikro yang tidak berdaftar selain mengumpulkan sumber daripada pelbagai agensi.

Beliau tidak menolak program itu boleh dilaksanakan pada tahun depan jika semua berjalan dengan baik.

“Kementerian dalam proses mewujudkan mekanisme untuk menyasarkan minyak masak bersubsidi supaya sampai terus kepada golongan yang layak menerima.

“Kita sudah membuat keputusan di peringkat kementerian bahawa yang layak menerima ialah B40, M40 ke bawah dan industri mikro yang menjual makanan seperti goreng pisang atau ayam goreng di pasar malam,” katanya selepas melancarkan Program Jualan Rahmah Bergerak dan Aduan Suri peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Tambah Fuziah, usaha pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat kerana terdapat juga pelbagai bentuk subsidi yang dipantau oleh kementerian lain.

Jelasnya, rancangan itu dibuat bagi memastikan subsidi dapat diberikan kepada golongan yang layak selain menjadi usaha berterusan kerajaan mengatasi ketirisan.

Beliau turut melihat potensi untuk melakukan jualan minyak masak bersubsidi menerusi program jualan Rahmah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI