fbpx

[VIDEO] Ramai tidak senang ibu cari kutu anak dalam bas awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang wanita yang mencari kutu anaknya di dalam sebuah bas awam di Jakarta.

PETALING JAYA – Tindakan jijik seorang ibu yang dilihat leka membersihkan kepala anaknya yang dipenuhi kutu ketika berada di dalam bas awam mengundang rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai.

Dalam satu hantaran tular, penumpang yang berada di sebelah wanita itu dilihat sanggup menukar tempat duduk ekoran jijik dan geli dengan keadaan tersebut.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara jiran iaitu Jakarta, Indonesia.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai meluahkan kerisauan dengan tindakan tidak beradab wanita tersebut dan ada juga yang mengecam sikap mementingkan diri sendiri itu.

“Auto garu kepala macam ini, dekat rumah pun boleh saja nak cari, nak juga cari kutu dekat tempat umum macam itu. Berjangkit habis lah kutu, pernah terjangkit dulu, fobia weh. Minta jauh dah la,” kata Syafikah.

“Saya pun suka cari kutu dekat kepala anak sendiri tetapi bukan di tempat umum macam ini,” komen lush Ibu Nalazza.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman yang sama di sebuah fasiliti klinik kesihatan.

“Baru terjadi semalam dekat klinik, anak saya duduk dekat dengan ibu-ibu yang tengah cabut kutu dekat kepala anak mereka. Lepas suami datang terus saya ajak keluar beli jajan,” tulis seorang pengguna.

Hantaran tersebut telah tular sehingga mendapat 6228 tanda suka, 758 perkongsian dan 1.6 juta tontonan di TikTok. – KOSMO! ONLINE

@rejadalimunthe1 Jij4y b4jay tahun 2023 #rejadalimunthe ♬ Panik Nggak – DJ DESA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI