fbpx

4 laporan diterima berkaitan harimau belang berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Polis menerima sebanyak empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Gohtong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan awal bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

“Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang sedang berkeliaran dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan liar terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam supaya bertenang dan tidak gusar berhubung kejadian berkenaan.

“Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI