fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik hampir di seluruh negara, pagi ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hanya dijangka melanda seluruh negeri Perlis beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah sehingga 12 tengah hari.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, Kedah.

“Selain itu, cuaca sama turut diramal berlaku di dua daerah Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Rembau manakala di Melaka hanya melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah,” tambahnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI