fbpx

Lelaki merokok bukan pilihan Ash untuk jadi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASH menganggap kerjaya sebagai pengacara bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

DI sebalik luaran yang nampak garang, gadis bermata bundar bernama Nurul Ashikin atau lebih mesra disapa Ash ini sebenarnya mempunyai personaliti yang sangat berbeza.

Gadis berketurunan Mandai­ling ini sebenarnya berperwatakan lemah lembut, ramah, petah dalam berkata-kata dan sangat mudah didekati.

Ash kini mengukir nama dalam bidang pengacaraan, namun bercita-cita menjadi seorang pelakon.

Kosmo! Ahad kali ini menyingkap kehidupan Ash sebagai seorang wanita bekerjaya.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri Ash?
Ash: Saya graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), jurusan Ijazah Sarjana Muda Teater Lakonan. Saya sekarang bekerja sebagai pengacara di sebuah stesen penyiaran tempatan.

Jika tidak menjadi penga­cara, apakah bidang yang akan diceburi?
Sebenarnya, saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang pengacara. Impian sebenar adalah untuk menjadi seorang pelakon di atas pentas. Sebab itulah, saya mengambil jurusan teater. Hingga hari ini, saya masih lagi menyertai uji bakat lakonan yang ada.

ASH bercita-cita menjadi seorang pelakon di atas pentas dan masih berusaha untuk menunaikan impiannya itu.

Apakah kesukaran yang dihadapi ketika bekerja?
Bekerja sebagai seorang pengacara bukanlah perkara mudah. Hampir setiap hari saya berhadapan dengan situasi berbeza dan berurusan dengan orang berlainan. Banyak perkara perlu dipelajari terutamanya ketika mengacarakan program secara langsung.

Bagaimana Ash seimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi?
Kerjaya saya ketika ini fleksibel. Hujung minggu adalah masa untuk diri sendiri dan keluarga. Walaupun sibuk, saya akan curi masa untuk bersama mereka.

Apakah kenangan manis yang boleh Ash kongsi?
Syukur, pada usia 25 tahun, saya sudah memiliki kenderaan sendiri. Mungkin nampak kecil di mata orang lain, tetapi ini satu kejayaan besar untuk diri saya.

Selain fokus pada kerjaya, apakah minat Ash yang lain?
Saya suka bersolek. Di­sebabkan kerjaya saya sekarang, saya perlu belajar untuk bersolek. Di tempat kerja, saya akan didandan oleh jurusolek. Saya juga akan perhatikan cara solekan dan cuba tiru jika saya perlu menyolek diri sendiri. Saya juga minat produk-produk kecantikan. Kalau ada rezeki, mungkin saya akan jadi seorang jurusolek atau keluarkan produk sendiri.

Apakah ciri-ciri lelaki idaman?
Saya inginkan seorang lelaki yang bersikap terbuka dan boleh dibawa berbincang tentang apa-apa perkara. Bapa saya selalu pesan, jangan sesekali cari lelaki merokok. Jadi, Ash akan elakkan lelaki sebegini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI