fbpx

Pengantin tanggung malu ribuan lalat ‘serang’ majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puluhan ekor lalat hinggap pada badan pengantin semasa majlis. - TikTok

JAKARTA, Indonesia – Seorang wanita di Indonesia kecewa apabila majlis perkahwinannya menjadi suram disebabkan kehadiran beribu-ribu ekor lalat, lapor laman berita Suara.com

Wanita itu berkongsi kisah tersebut dalam akaun TikTok @Apat13243. 

Menurutnya, beribu-ribu ekor lalat hinggap di atas bumbung rumah, dalam dapur, kerusi pengantin dan di atas pelbagai makanan yang dihidangkan kepada tetamu.

Walaupun beberapa pembantu cuba menghalau lalat itu, ia masih mengerumuni rumah mereka. Mereka cuba menggunakan racun serangga namun tidak berkesan.

“Kami sudah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan beberapa botol penyembur lalat dan ‘baygon’ tetapi tidak berkesan kerana jumlah lalat yang terlalu banyak,” katanya.

Pasangan itu mengaku mereka berasa malu dan tidak selesa dengan kehadiran lalat itu. Mereka juga bimbang sekiranya tetamu jemputan enggan makan semasa majlis akibat jijik.

Setelah disiasat, kejadian itu berpunca daripada sebuah ladang menternak ayam yang terletak berhampiran rumah mereka.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI