fbpx

EPL: Mikel Arteta tetap kekal pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL akan turun dengan pendekatan yang pelbagai sepanjang perlawanan menentang United nanti dan Arteta mempertahankan tindakannya itu. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan keputusannya untuk lakukan perubahan formasi dalam setiap perlawanan dan anggap ia sebagai keperluan mengikuti situasi semasa.

Malah, Arteta juga memberi bayangan mungkin akan melakukan perkara sama pada pertemuan menentang Manchester United malam ini dan membandingkan tindakannya itu dengan bagaimana seseorang pemandu cuba mengelak daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

“Setiap pagi saya datang ke Colney daripada rumah dan jika tayar (kereta) saya pancit, apa yang perlu saya lakukan? Jadi, cerita dalam setiap perlawanan juga pasti berbeza.

“Adakalanya saya keluar dan perlu cuci cermin depan yang dipenuhi salji. Kebiasaan saya akan lalui Finchley Road, namun kemudiannya saya gunakan laluan A21 kerana ia lebih pantas.

“Jika kami berdepan kecederaan, kami perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Saya pernah menentang Manchester City di Perisai Komuniti, terdapat 43 formasi berbeza dan bagi saya setiap masa akan menjanjikan keadaan berbeza,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan Arsenal akan mendapatkan tambahan pemain pada jendela perpindahan berikutnya, Arteta menjelaskan skuad sedia ada sudah memadai, namun akan sentiasa waspada berdepan sebarang kemungkinan.

“Kami sudah melakukan banyak perkara dan ada pemain yang berdepan keadaan tidak menentu, jadi kami kena berhati-hati serta cuba mencari alternatif lain. Jika ada pemain yang alami kecederaan jangka masa panjang, kami kena lakukan sesuatu kerana tiada apa yang tidak mustahil untuk dilakukan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI