fbpx

Al-Ittihad belum sedia menyerah buru Mohamed Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH masih menjadi buruan Al-Ittihad ketika jendela perpindahan Arab Saudi hanya ditutup pada 7 September nanti selepas Liverpool menolak tawaran pertama. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool telah menolak tawaran mewah bernilai £150 juta (RM877.47 juta) daripada gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad yang masih tidak menyerah kalah untuk mendapatkan tandatangan Mohamed Salah.

Difahamkan, Al-Ittihad kini sedang berusaha untuk membuat bidaan terbaharu bernilai £200 juta (RM1.16 bilion) sebagai usaha terakhir dua tawaran mereka sebelum ini tidak ‘dilayan’ oleh Liverpool.

The Reds tetap dengan pendirian Salah, 31, tidak akan dijual kerana bintang Mesir itu merupakan pertaruhan utama mereka menghadapi saingan musim ini.

“Posisi sekarang tetap sama dan tidak berubah. Tiada keraguan dan kami tidak akan menjual (Salah). Tiada lagi apa-apa yang saya perlu katakan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Bagaimanapun, Liverpool masih belum boleh menarik nafas lega kerana jendela perpindahan untuk saingan Liga Pro Arab Saudi hanya akan ditutup pada 7 September ini.

Walaupun jendela perpindahan bagi Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah ditutup awal pagi semalam, namun masih tiada sebarang jaminan Salah akan kekal di Anfield sebelum 7 September ini.

Al-Ittihad dikatakan bersedia menaikkan gaji bulanan Salah selepas sebelum ini mereka pernah mendedahkan mahu menawarkan ‘mesin gol’ itu sebanyak £1.5 juta (RM8.77 juta) seminggu.

Sementara itu, pundit Sky Sports News, Paul Merson merasakan Liverpool membuat satu kerugian besar jika tidak menjual Salah apabila menerima tawaran bernilai £200 juta (RM1.16 bilion) selepas ini.

“Saya tak faham kenapa anda mahu menolak £200 juta untuk seorang pemain yang sudah berusia 31 tahun. Anda boleh menggunakan dana itu untuk banyak perkara berguna seperti pembangunan dan pembelian pemain baharu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI