fbpx

PM hulur sumbangan kepada anak P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan (kanan) ketika menziarahi Sazali dan isteri di kediaman mereka, Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi hantarannya di laman Facebook, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, Jumaat lalu.

“Sazali kini tidak lagi mempunyai kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Isterinya pula memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.

“Saya amat berharap sedikit sumbangan dari pihak saya ini dapat meredakan beban yang ditanggung Sazali dan isteri.

“Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI