fbpx

Kuasa wanita UMNO penentu kemenangan PRK – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING beramah mesra dengan jentera Wanita Umno Barisan Nasional Johor pada Majlis Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Cerebral Palsy, Johor Bahru hari ini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kuasa pengundi wanita khususnya dari UMNO menjadi faktor penentu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai pada Sabtu depan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, jumlah pengundi wanita yang hampir mencecah 50 peratus di Parlimen ini tidak boleh dipandang rendah sebaliknya perlu dijadikan senjata memenangi calon PH, Suhaizan Kayat.

“Sokongan sayap wanita UMNO masih lagi kuat terhadap parti bahkan kekuatan sokongan sayap itu melebihi daripada lelaki. Mereka ini adalah penyokong tegar yang sentiasa menyokong parti dan mentaati pendirian parti.

“Sebab itu saya percaya jentera wanita Barisan Nasional (BN) dan UMNO sangat penting untuk memenangkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Persatuan Cerebral Palsy, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, sayap wanita PH dan UMNO perlu memperbanyakkan ‘walkabout’ bersama-sama supaya menunjukkan bahawa kebersamaan dalam kerajaan Perpaduan.

Katanya, sayap wanita UMNO bersama jentera lain daripada parti itu banyak berkorban membantu calon PH bagaikan Suhaizan adalah calon daripada parti UMNO sendiri.

“Saya percaya ini tanda yang menggalakkan, harap kerjasama yang begitu rapat Ph-BN boleh menang kerusi Parlimen Pulai dan Suhaizan dapat angkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pulai yang baharu pada 11 September ini pada sidang Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI