fbpx

Kakak masih terkejut, tidak sangka kejadian 6 maut menimpa keluarga adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAYATI menunjukkan gambar Noorahimah (kanan) bersama abang serta adik bongsunya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Kakak kepada mangsa kemalangan enam sekeluarga yang maut dalam nahas lima kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan di sini semalam, masih terkejut dan tidak menyangka tragedi menyayat hati berlaku ke atas keluarganya.

Norhayati Noor Muhamad, 51, berkata, jika sebelum ini dia selalu tengok dan dengar kemalangan melibatkan satu keluarga sekali gus dalam berita, namun semalam berlaku ke atas keluarga adiknya sendiri, Norahimah, 43.

“Memang masih terkejut dan tidak sangka, kemalangan ini melibatkan keluarga adik saya, dia anak ketiga, saya anak kedua, kami empat beradik.

“Sebelum ini tengok dekat berita, semalam Norahimah bersama suami dan lima anaknya pergi buat selamanya.

“Kami reda dan memang sejarah dalam keluarga kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat di sini hari ini.

Norhayati yang juga guru agama itu berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga adiknya itu pada Ahad minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu, Norahila, 36, di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar dekat sini.

Menurutnya, ketika kenduri tersebut, Noorahimah sempat berseloroh untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebelum salah seorang daripada adik-beradik mereka pergi dijemput Ilahi.

“Saya dengan dia (Noorahimah) tidak rapat sangat, dia rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu salah seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan.

“Rupanya semalam, dia sekeluarga pergi buat selamanya,” katanya.

KEADAAN Perodua Alza yang dinaiki tujuh sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, petang semalam.

Dalam pada itu, Norhayati berkata, dia menerima perkhabaran duka itu kira-kira pukul 7.28 malam melalui pesanan ringkas aplikasi WhatApps saksi kejadian.

Ujarnya, orang awam itu menghantar gambar melalui mesej pesanan ringkas kemalangan itu selepas mendapatkan nombor telefon salah seorang anak mangsa.

“Dia cakap (saksi kejadian) kalau nak tahu apa-apa boleh hubungi Balai Polis Segamat, tetapi saya terus ‘call’ dia dan dapat sahkan memang itu keluarga adik saya,” katanya.

Norhayati berkata, Noorahimah merupakan seorang adik yang ceria dan periang serta ibu yang tegas.

“Sebelum dia pergi, tidak ada apa-apa tanda yang pelik berlaku, dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.

Menceritakan kisah pilu itu, Nohayati berkata, adik iparnya, Amir Ruddin Ismail, 46, yang juga seorang imam eksekutif bersama isteri serta tujuh anaknya dalam perjalanan dari Ladang Tereh Utara, Kluang untuk menghantar Noorahimah (isteri mangsa) ke pulang ke rumah di Felda Kemedak.

Jelasnya, Noorahimah juga merupakan seorang guru agama di Sekolah Agama Felda Kemedak di sini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.37 petang semalam, selain suami isteri, empat anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Seorang lagi anak mereka, Abdullah, 15, dilaporkan parah masih dirawat di Hospital Segamat di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI