fbpx

Shafie nafi dakwaan Najib sanggup mati sebab Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafie

PETALING JAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau pernah menyatakan sanggup mati kerana Covid-19 demi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan September lalu.

Mohd. Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, Ahli Parlimen Pekan itu mungkin membuat dakwaan demikian kerana dendam kesumat terhadap dirinya yang pernah membangkitkan tentang isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB)

“Saya pun agak hairan rakan lama dari Pekan, dendam kesumat dia saya tidak tahu mungkin kerana saya bangkit tentang 1MDB, (Najib) membangkitkan saya sanggup mati kerana Covid-19.

“Saya bukan sanggup mati oleh kerana Covid-19, Saya nyatakan nak serahkan kuasa kepada pihak yang bergantung kepada `cash is king’, oleh kerana kuasa mereka membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shafie berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah beliau kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI