fbpx

Terengganu bangun pelancongan kekeluargaan berasaskan RV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Ahmad Faisal (berdiri, tiga dari kiri) beramah-mesra dengan salah sebuah keluarga yang menyertai program Camper Rally Terengganu di Pulau Poh, Kenyir Geopark, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan membangunkan dan menambah nilai prasarana di lokasi-lokasi berpontensi dijadikan kawasan pelancongan kenderaan rekreasi (RV) di negeri ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, lokasi pembangunan prasarana tersebut telah dikenalpasti di setiap daerah di negeri ini.

“Setakat ini, kemudahan RV sudah disediakan di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu;  Pulau Kekabu, Marang; Pantai Teluk Kalong, Kemaman serta di Kenyir Geopark, Hulu Terengganu.

“Kemudahan ini membolehkan kita menarik pengunjung daripada segmen pelancongan kekeluargaan yang kini gemar menggunakan RV,” katanya ketika merasmikan program Camper Rally Terengganu di Pulau Poh, Kenyir Geopark di sini malam tadi.

Tun Ahmad Faisal berkata, program julung kali diadakan tersebut merupakan anjuran Jabatan Pelancongan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Campervan & Motorhome Malaysia (PCMM).

Tambah beliau, program Camper Rally Terengganu melibatkan 231 keluarga yang menaiki RV, termasuk 12 dari Thailand, Jerman (enam) dan sebuah dari Britain.

“Program ini diiktiraf sebagai program perjumpaan melibatkan RV terbanyak oleh Malaysia Book of Records.

“Ia sekali gus memecahkan rekod terdahulu melibatkan 122 RV yang dilakukan di Taman Wetland Putrajaya pada tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI