fbpx

Kanak-kanak lemas ketika mandi jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERAM Asli di Kampung Ulu Benut di Machap, Kluang, inilah yang meragut nyawa seorang kanak-kanak petang semalam. (Gambar kecil: Ahmad Ehsan)

KLUANG – Seorang kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi bersama adik-beradiknya di Jeram Asli di Ulu Benut, Machap di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan Ahmad Ehsan Nor Hisyamuddin, 11.

Difahamkan mangsa yang datang ke Jeram Asli bersama kakaknya, Nor Najihah, 18, abangnya, Islah,15, dan Ahmad Fahim, 18.

“Mengikut laporan pengadu (kakaknya) bersama tiga lagi adiknya telah ke jeram tersebut, namun kira-kira lima minit  terdengar suara mangsa menjerit minta pertolongan namun tidak dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun mangsa ditemui tidak sedarkan diri beberapa minit kemudian dan telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam namun disahkan meninggal dunia dipercayai lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI